Selasa, 29 Mei 2012


isu pengharaman lagu ‘bawaku pergi’ nyanyian Zizan dan Kaka.


Assalamualaikum wbt…
Baru baru ini industri seni telah dikejutkan dengan berita pengharaman lagu yg dinyanyikan oleh Zizan dan Kaka yg bertajuk ‘bawaku pergi’ oleh kerajaan. Kerajaan menganggap lagu yg dinyanyikan oleh artis tersebut mampu mempengaruhi pemikiran anak muda untuk lari dari rumah. Hal ini pastinya membawa khabar berita sedih kepada industri  seni dan terutamanya kepada peminat Zizan dan Kaka.

Antara bait bait lirik lagu yang dikatakan kontroversi itu ialah :
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

pihak kerajaan mendapati lirik lagu ini boleh mempengaruhi pemikiran anak muda untuk lari dari rumah. Banyak respond yang diberikan oleh peminat tentang isu pengharaman lagu ini. Ada yang menentang dan ada juga yang menyokong tindakan kerajaan itu.


Pandangan peribadi penulis.
Bagi saya, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah tidak wajar. Seperti yang umum ketahui, lagu merupakan satu bentuk hiburan untuk halwa telinga pendengar. Ia tidak ada sama sekali kena mengena dengan mempengaruhi para pendengar untuk lari dari rumah. Ini adalah satu tindakan terburu-buru tanpa menyelidik dengan lebih mendalam lagi. Banyak factor factor lain lagi yang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda untuk lari dari rumah.

Ada kajian mengatakan dengan hanya mendengar lagu, ia mampu untuk mengubah mood seseorang itu. Apa yang ingin saya tegaskan disini adalah lagu hanya boleh membuatkan seseorang itu menjadi lebih tenang dan tenteram atau dalam bahasa mudahnya ia mungkin boleh mempengaruhi mood pendengar, tanpa mempengaruhi pemikiran pendengar. Satu soalan yang bermain di fikiran saya, adakah kita pernah membaca atau mendengar berita tentang anak muda lari dari rumah disebabkan dengan hanya mendengar lagu? Saya rasa benda tersebut belum terjadi di muka bumi ini lagi.

Mungkin pihak kerajaan mahu mengambil langkah berjaga jaga dengan pengharaman lagu tersebut boleh mengelakkan perkara seperti anak muda lari dari rumah dapat dielakkan. Tetapi persoalan yang sama timbul di pemikiran saya, tidak ada lagi kes yang melibatkan anak muda lari dari rumah dengan hanya mendengar lagu. Tidak salah saya katakan ini merupakan satu penindasan terhadap golongan artis tersebut kerana karya yang dihasilkan tidak diterima apa lagi hendak diberikan pengiktirafan.

Jika dilihat dari aspek lain, terdapat banyak lagi factor factor yang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda untuk lari dari rumah.. dan seperkara lagi, banyak juga lagu lagu antarabangsa dari pengkarya luar negara yang mampu untuk mempengaruhi jiwa anak muda ini tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan. Kenapa lagu hasil seni anak tempatan yang dijadikan isu yang sedemikian?

Adakah keterlaluan saya cakapkan  disini bahawa ini adalah satu konspirasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karya seni anak tempatan? Tepuk dada, tanya selera. 

Perlukah debat politik secara terbuka?


Baru baru ini, debat di antara pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin heboh diperkatakan. Apa yang menarik perhatian adalah isu yang diketengahkan oleh dua orang ahli politik ini adalah isu yang sedang hangat menimpa Negara kita. Masih lagi membincangkan isu PTPTN, masing masing mengeluarkan fakta serta hujah2 yang ingin diketengahkan. Persoalannya disini, wajarkan debat seperti ini diteruskan? Adakah ia mencapai tujuan utama debat sebegini diadakan?


Pada pandangan peribadi saya, debat politik seumpama ini tidak wajar diteruskan. Hal ini kerana tujuan utama debat itu adalah untuk mencari penyelesaian ataupun kata putus bagi satu satu permasalahan tersebut. Apa yang saya nampak debat diantara dua ahli politik ini tidak memberi apa apa kata putus pun.  Bahkan debat yang melibatkan dua orang ahli politik ini telah menimbulkan kekecohan antara penyokong penyokong mereka.


Apa yang perlu dilaksanakan bagi menyelasaikan masalah ini ialah dengan cara duduk berbincang dan mencari kata putus bagi menyelesaikan masalah ini. Debat ini hanyalah satu cara untuk menunjukkan atau membuktikan salah satu pihak salah, bukan untuk menyelesaikan masalah. Dan seperkara lagi,  isu berhubung Rafizi telah disaman kerana mengambil kesempatan ketika siaran langsung itu adalah satu tindakan yang kurang bijak.


Secara kesimpulannya setiap individu mempunyai pandangan masing masing. Mereka berhak untuk menyokong mahupun menolak cadangan yang diusulkan. Apa yang perlu diperbetulkan ialah bukan menolak sesuatu cadangan itu bermaksud ia tidak betul dan patut dihukum, malah ia harus diperbaiki kekurangan ataupun kelemahannya. Akhir kata, dalam menyelesaikan sesuatu isu, debat bukanlah salah satu cara yang terbaik. Kita harus berbincang dan mencari jalan keluar agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan betul.


Sekian, wassalam