Selasa, 29 Mei 2012


Perlukah debat politik secara terbuka?


Baru baru ini, debat di antara pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin heboh diperkatakan. Apa yang menarik perhatian adalah isu yang diketengahkan oleh dua orang ahli politik ini adalah isu yang sedang hangat menimpa Negara kita. Masih lagi membincangkan isu PTPTN, masing masing mengeluarkan fakta serta hujah2 yang ingin diketengahkan. Persoalannya disini, wajarkan debat seperti ini diteruskan? Adakah ia mencapai tujuan utama debat sebegini diadakan?


Pada pandangan peribadi saya, debat politik seumpama ini tidak wajar diteruskan. Hal ini kerana tujuan utama debat itu adalah untuk mencari penyelesaian ataupun kata putus bagi satu satu permasalahan tersebut. Apa yang saya nampak debat diantara dua ahli politik ini tidak memberi apa apa kata putus pun.  Bahkan debat yang melibatkan dua orang ahli politik ini telah menimbulkan kekecohan antara penyokong penyokong mereka.


Apa yang perlu dilaksanakan bagi menyelasaikan masalah ini ialah dengan cara duduk berbincang dan mencari kata putus bagi menyelesaikan masalah ini. Debat ini hanyalah satu cara untuk menunjukkan atau membuktikan salah satu pihak salah, bukan untuk menyelesaikan masalah. Dan seperkara lagi,  isu berhubung Rafizi telah disaman kerana mengambil kesempatan ketika siaran langsung itu adalah satu tindakan yang kurang bijak.


Secara kesimpulannya setiap individu mempunyai pandangan masing masing. Mereka berhak untuk menyokong mahupun menolak cadangan yang diusulkan. Apa yang perlu diperbetulkan ialah bukan menolak sesuatu cadangan itu bermaksud ia tidak betul dan patut dihukum, malah ia harus diperbaiki kekurangan ataupun kelemahannya. Akhir kata, dalam menyelesaikan sesuatu isu, debat bukanlah salah satu cara yang terbaik. Kita harus berbincang dan mencari jalan keluar agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan betul.


Sekian, wassalam

1 ulasan:

  1. saman sebab mengambil kesempatan keatas apa?... siyes la Rafizi kena saman?!

    BalasPadam