Isnin, 9 Julai 2012

Mansuh PTPTN


  Assalamualaikum dan salam sejahtera. pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpada pembaca kerana sudi membaca entri yg pertama saya ni. Okay, pada kali ini saya ingin membincangkan isu mengenai ptptn. Saya rasa ia merupakan salah satu tajuk yang menarik kerana apabila berbicara tentang ptptn, mesti byak hal yang boleh dibincangkan. Tujuan saya membincangkan hal ini bukan kerana politk atau pun yang lain-lain, ia lebih kepada pandangan peribadi sebenarnya.

  Baru baru ini, parti pembangkang ada menyuarakan hasrat bahawa apabila mereka dapat menawan putrajaya pada pilihanraya umum yang bakal diadakan ini, antara perubahan yang ‘mereka’ akan lakukan ialah dengan memansuhkan ptptn. Ketua pembangkang dalam kenyataan  beliau mengatakan jika pembangkan diberi mandat utk mentadbir Negara, antara usaha yang boleh dilakukan dalam membantu nasib pelajar ialah dgn memansuhkan ptptn serta merta.

  Persoalan saya, adakah relevan perkara ini dilaksanakan tanpa menyelidik terlbih dahulu sebarang kemungkinan yang bakal terjadi?.  Pada pandangan peribadi saya, perkara tersebut mungkin ada kebaikan dan juga keburukkannya. Secara kasarnya umum mungkin mengatakan ia lebih kepada kebaikan daripada keburukan, tetapi secara hakikatnya ia mungkin lebih kepada keburukan jika dikaji dan diperhati dengan lebih mendalam lagi.
Bercerita tentang kebaikan, kalaulah ptptn ini dimansuhkan, ia iabarat satu ‘rahmat’ kepada kami sebagai pelajar ni. Ini kerana, lepas habis belajar kami tidak perlu lagi memikirkan tentang hutang yang bakal kami tanggung kelak. Jika dibuat perkiraan, jika seseorang pelajar itu meminjam ptptn dari diploma, jumlah pinjaman pelajar tersebut mencecah rm 25000. Ini merupakan satu jumlah yang besar.

  Lepas habis belajar, mestilah graduan tersebut akan bekerja dan mesti timbul keinginan dalam diri graduan itu utk memiliki aset sendiri. Antara aset yang akan dibeli adalah rumah dan kereta. Dan ini membuatkan hutang makin bertambah. Silap silap haribulan, sampai umur 70 tahun pun belum tentu dapat lunaskan hutang tersebut. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni, mungkin kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank juga akan naik

  Memang tidak dinafikan kita akan berhutang utk meneruskan hidup, Cuma apabila ptptn ini dimansuhkan, ia mungkin akan mengurangkan jumlah hutang yang bakal ditanggung. Rm 25000 boleh digunakan utk membayar  bnda lain sprti rumah, kereta dan sebagainya. Dari situ, para pelajar yang bakal berhutang ini dah boleh mengatur dan merancang kewangan mereka.

  Menyentuh isu mengenai keburukan pula, jika ptptn ini dimansuhkan ia juga bole mendatangkan kesan buruk kepada pelajar dan secara tidak langsung kepada pihak kerajaan juga.Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ia adalah satu perkara yang tidak relevan buat masa kini. Beliau menyuarakan pendapat bahawa ia mungkin akan mengurangkan semangat daya saing dalam kalangan pelajar. Di samping itu, beliau juga menambah ia mungkin akan membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

  Saya ingin mempersoalkan jika memberikan pengajian secara percuma kepada pelajar ke peringkat university, sampai bilakah ia akan terjadi.? Mungkin ia dapat dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, tp adakah ia dapat bertahan sehingga selama lamanya? Ketua pembangkang ada menyatakan keuntungan petronas setahun adalan rm90 juta, dan wang ini akan disalurkan kepada para pelajar dgn memberi wang seperti yg dilakukan oleh ptptn skrg ini Cuma konsepnya berbeza. Ptptn adalah satu bentuk pinjaman manakala wang yg akan diberikan ini adalah percuma.

  Timbul persoalan di benak saya adakah wajar bnda ini dilakukan. Pandangan peribadi saya kuat mengatakan tidak kerana ia mungkin akan mengurangkan semangat daya saing antara pelajar satu sama lain seperti yang diutarakan oleh datuk seri Khalid nordin, jika semua pelajar diberikan dana sebegitu, ia akan merubah tanggapan para pelajar utk bersaing antara satu sama lain kerana mereka sudah tahu akan dapat wang jika tak perform sekalipun.
Dengan wujudnya ptptn ini, terdapat banyak kelebihan berbanding kekurangan. Pelajar banyak merungut disebabkan faedah yang dikenakan itu terlalu tinggi. Tapi harus diingat, caj yang tinggi itu jugalah kerajaan gunakan kembali utk memberi kemudahan dan meningkatkan taraf pendidikan kepada pelajar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan